p/s: Bulan dpn cari buku lain plak...em nak bce buku ape ek...?
Friday, August 28, 2009
Habis+Sambung
p/s: Bulan dpn cari buku lain plak...em nak bce buku ape ek...?
Thursday, August 27, 2009
"Tunggu Teduh Dulu...."

Sebenarnya dah lama sangat aku tak baca penulisan Faisal Tehrani..walaupun aku bukan peminat tegar Faisal Tehrani tapi penulisan die mmg aku sgt suka...ntah kenapa aku jd suka baca novel-novel berat dan sarat...bkn novel cinta yg dirasa org seronok, rase feeling, rse ade input yg bermakna tapi bg aku cume sikit yg aku dpt (huhu..xbaik je aku ni ngata tulisan org lain..)...zaman remaja dulu mungkin aku suka sbb xtau ape yg dicari dgn mmbaca novel2 begitu...aku xkira siapa pun penulisnya yg penting mesti sarat dgn kata2 yg mampu memberi suntikan semangat, yang mampu membawa aku mengenali Penciptaku, membawa dekat dgn Penciptaku, yang boleh mengajar aku mengenali orang lain, menghargai orang lain dan yang penting aku cuba utk mengenali diri ini...itu yg aku cari...
p/s: Novel yg dah bce baru2 ni...yg aku paling suke...
~Rooftop Rant - Hlovate
~Sempadan Tanpa Seri - John Norafizan
Wednesday, August 26, 2009
Khabar Hitam dari Timur...

Kisah tentang Hulagu Khan cucu kepada Genghis Khan...bercita-cita menakluk Baghdad, kota kegemilangan Islam semasa pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah yang pada masa itu di bawah pimpinan Khalifah al-Mu'tasim Billah...
Dari kecil Hulagu Khan bercita-cita ingin menjadi lebih hebat daripada datuknya Genghis Khan dan ingin merealisasikan impian datuknya yang tidak berkesampaian untuk menakluk Baghdad. Kepimpinan Khalifah al-Mu'tasim Billah yang lemah memberi peluang kepada Hulagu Khan mencapai impiannya menakluki Baghdad dengan mudah...maka berakhirlah zaman kegemilangan Baghdad di bawah kerajaan Abbasiyyah...semua harta berharga di Baghdad musnah...ulama'-ulama', para cendekiawan mati dibunuh...kitab-kitab, khazanah ilmu habis dibakar dan abunya dialirkan ke sungai Dajlah sehingga air sungai bertukar warna menjadi hitam disebabkan dakwat kitab-kitab. Banyak kitab-kitab yang lain diambil oleh orang-orang Eropah...Khalifah al-Mu'tasim Billah mati dibunuh dalam keadaan yang hina dan kejam...
Impian Hulagu Khan akhirnya tercapai...dia masih belum puas menikmati darah umat Islam dan ingin terus menakluki dunia Islam lebih-lebih lagi Mekah dan Madinah...dunia Islam berada di hujung tanduk...berjayakah Hulagu Khan...Siapa yang mampu menahan Hulagu Khan daripada menghancurkan dunia Islam?.....
p/s: Nak tau kena baca buku ni... :)
Monday, August 24, 2009
~Ramadhan Kareem~

Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda
ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera
Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara
bersyukurlah pada rahmat-Nya
dikurnia bulan yang mulia
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan
Saturday, May 16, 2009
~Selamat Hari Guru~
Terima Kasih kalian....
Terima Kasih aku ucapkan buat guru2ku...Cikgu semua, kerana pengorbanan kalian aku mampu berjaya seperti sekarang....terima kasih cikgu...
Saturday, May 9, 2009
Apa Ada Dengan USIA?
jadi...jom sama2 kita perbaiki diri...mudah2an kita menjadi seorang hamba yang selalu mendapat keredhaanNya...
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
--------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------
