Wednesday, August 26, 2009

Khabar Hitam dari Timur...

Alhamdulillah hari ni dapat habiskan baca satu buku..Novel sejarah Islam...HULAGU KHAN: Khabar Hitam dari Timur yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, terbitan PTS...


Kisah tentang Hulagu Khan cucu kepada Genghis Khan...bercita-cita menakluk Baghdad, kota kegemilangan Islam semasa pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah yang pada masa itu di bawah pimpinan Khalifah al-Mu'tasim Billah...

Dari kecil Hulagu Khan bercita-cita ingin menjadi lebih hebat daripada datuknya Genghis Khan dan ingin merealisasikan impian datuknya yang tidak berkesampaian untuk menakluk Baghdad. Kepimpinan Khalifah al-Mu'tasim Billah yang lemah memberi peluang kepada Hulagu Khan mencapai impiannya menakluki Baghdad dengan mudah...maka berakhirlah zaman kegemilangan Baghdad di bawah kerajaan Abbasiyyah...semua harta berharga di Baghdad musnah...ulama'-ulama', para cendekiawan mati dibunuh...kitab-kitab, khazanah ilmu habis dibakar dan abunya dialirkan ke sungai Dajlah sehingga air sungai bertukar warna menjadi hitam disebabkan dakwat kitab-kitab. Banyak kitab-kitab yang lain diambil oleh orang-orang Eropah...Khalifah al-Mu'tasim Billah mati dibunuh dalam keadaan yang hina dan kejam...

Impian Hulagu Khan akhirnya tercapai...dia masih belum puas menikmati darah umat Islam dan ingin terus menakluki dunia Islam lebih-lebih lagi Mekah dan Madinah...dunia Islam berada di hujung tanduk...berjayakah Hulagu Khan...Siapa yang mampu menahan Hulagu Khan daripada menghancurkan dunia Islam?.....

p/s: Nak tau kena baca buku ni... :)