Friday, January 28, 2011

PERGILAH AIR MATA.....


Akan kulepaskan jua air mata ini pergi.....
jauh...sejauhnya...
sehingga sepasang mata ini
tidak mampu ingat pada hangat titisannya dulu..

Tuesday, January 11, 2011

MUHASABAH CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

-EdCoustic-

Sunday, October 10, 2010

Andai DIA tiada di hati....

Andai selalu dikata cinta itu hadirnya dari mata dan terus meresap
ke dalam hati....


Tapi mengapa kadang kala tidak dapat dirasa hadirnya cinta.....

Butakah mata atau matikah hati??

Mencari di mana cinta
DIA............


"....Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi hati yang di dalam dada."
-al-Haj:46-

Thursday, October 7, 2010

Di mana DIA di hatiku?



Tunjukkan aku satu bintang
Buat mewarna sesuatu yang telah hilang
-JohnNorafizan

Kisah seorang guru & anak murid...

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang anak murid yang sangat nakal barangkali di dalam kelas itu....masih terbayang-bayang wajahnya...memang dia seorang yang nakal tapi sangat manja...sudah difahami guru akan perangai anak muridnya yang seorang itu...."Cikgu..saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah pada cikgu..." "em tengoklah nanti.." "cikgu..saya nak minta maaf pada cikgu takut-takut saya tak sempat nak jumpa cikgu lagi.." "em tengoklah nanti.." jawab seorang guru yang dilihat tidak mahu benar memaafkan kesalahan anak muridnya itu...namun itu hanya dirasa satu gurauan dari seorang guru buat anak muridnya...jauh di sudut hati seorang guru yang dia tidak pernah menyimpan perasaan sakit hati bahkan dendam terhadap anak muridnya...tidak pernah simpan dalam hati apa yang dilakukan anak muridnya itu...sudah lama dimaafkan anak muridnya itu...namun kata "maaf" dari mulut seorang guru pada anak muridnya tidak sempat dilafazkan kepada anak muridnya itu gara-gara gurauannya tadi...

Gurauan yang membawa satu tamparan hebat buat diri seorang guru...berita kemalangan anak muridnya diterima...datang melawat dengan rasa penuh sesalan dan bersalah...adakah kerana doa seorang guru atau kata-kata seorang guru yang tidak mahu menuturkan kata maaf buat anak muridnya itu menyebabkan anak muridnya ditimpa kecelakaan...melihat wajah anak murid yang sedang menahan sakit...sayu, hiba....

"Cikgu...cikgu dah maafkan saya belum?" kata yang diulang-ulang di hadapan gurunya...berulang kali...rasa bersalah..."cikgu tak pernah simpan dalam hati apa sahaja yang kamu pernah buat..dah lama cikgu maafkan kamu.."..."Cikgu...cikgu dah maafkan saya belum?"..."Cikgu maafkan kamu...kamu kena kuat ye"....beredar dari hospital air mata yang ditahan-tahan guru itu akhirnya jatuh juga berguguran ke bumi....

Andai esok masih ada...andai esok sudah tiada hanya rasa terkilan dan sesalan yang akan menghantui seorang guru itu seumur hidupnya...

Andai ada sesuatu yang ingin diluahkan...sampaikanlah segera...andai ada kebaikan atau kebajikan yang ingin dilaksanakan...laksanakanlah segera...kerana esok mungkin tiada untuk kita...

Hargailah apa yang ada hari ini kerana esok mungkin tiada untuk kita.....

Kisah kakak dan adik...

Kasih sayang seorang kakak pada seorang adik tidak mungkin ada tolok bandingannya...Kakak seringkali kena mengalah...walaupun kadangkala kakak dilihat lebih mendominasi si adik...Bagaimanapun sikap si kakak namun kakak adalah kakak yang ingin sentiasa melindungi adiknya...kakak sentiasa ingin hadir dan menjadi orang yang paling penting dalam hidup si adik...Andai adik jatuh ada tempat untuk adik berpaut, andai adik lemah ada tempat untuk adik menyandar dan andai adik dalam kegelapan kakak ingin menjadi cahaya yang sentiasa menerangi hidup adik...Semoga kasih sayang seorang kakak pada si adik kekal hingga ke syurga...

KU ADA KAMU

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

-Adira-