Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang anak murid yang sangat nakal barangkali di dalam kelas itu....masih terbayang-bayang wajahnya...memang dia seorang yang nakal tapi sangat manja...sudah difahami guru akan perangai anak muridnya yang seorang itu...."Cikgu..saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah pada cikgu..." "em tengoklah nanti.." "cikgu..saya nak minta maaf pada cikgu takut-takut saya tak sempat nak jumpa cikgu lagi.." "em tengoklah nanti.." jawab seorang guru yang dilihat tidak mahu benar memaafkan kesalahan anak muridnya itu...namun itu hanya dirasa satu gurauan dari seorang guru buat anak muridnya...jauh di sudut hati seorang guru yang dia tidak pernah menyimpan perasaan sakit hati bahkan dendam terhadap anak muridnya...tidak pernah simpan dalam hati apa yang dilakukan anak muridnya itu...sudah lama dimaafkan anak muridnya itu...namun kata "maaf" dari mulut seorang guru pada anak muridnya tidak sempat dilafazkan kepada anak muridnya itu gara-gara gurauannya tadi...
Gurauan yang membawa satu tamparan hebat buat diri seorang guru...berita kemalangan anak muridnya diterima...datang melawat dengan rasa penuh sesalan dan bersalah...adakah kerana doa seorang guru atau kata-kata seorang guru yang tidak mahu menuturkan kata maaf buat anak muridnya itu menyebabkan anak muridnya ditimpa kecelakaan...melihat wajah anak murid yang sedang menahan sakit...sayu, hiba....
"Cikgu...cikgu dah maafkan saya belum?" kata yang diulang-ulang di hadapan gurunya...berulang kali...rasa bersalah..."cikgu tak pernah simpan dalam hati apa sahaja yang kamu pernah buat..dah lama cikgu maafkan kamu.."..."Cikgu...cikgu dah maafkan saya belum?"..."Cikgu maafkan kamu...kamu kena kuat ye"....beredar dari hospital air mata yang ditahan-tahan guru itu akhirnya jatuh juga berguguran ke bumi....
Andai esok masih ada...andai esok sudah tiada hanya rasa terkilan dan sesalan yang akan menghantui seorang guru itu seumur hidupnya...
Andai ada sesuatu yang ingin diluahkan...sampaikanlah segera...andai ada kebaikan atau kebajikan yang ingin dilaksanakan...laksanakanlah segera...kerana esok mungkin tiada untuk kita...
Hargailah apa yang ada hari ini kerana esok mungkin tiada untuk kita.....