Wednesday, August 26, 2009

Khabar Hitam dari Timur...

Alhamdulillah hari ni dapat habiskan baca satu buku..Novel sejarah Islam...HULAGU KHAN: Khabar Hitam dari Timur yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, terbitan PTS...


Kisah tentang Hulagu Khan cucu kepada Genghis Khan...bercita-cita menakluk Baghdad, kota kegemilangan Islam semasa pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah yang pada masa itu di bawah pimpinan Khalifah al-Mu'tasim Billah...

Dari kecil Hulagu Khan bercita-cita ingin menjadi lebih hebat daripada datuknya Genghis Khan dan ingin merealisasikan impian datuknya yang tidak berkesampaian untuk menakluk Baghdad. Kepimpinan Khalifah al-Mu'tasim Billah yang lemah memberi peluang kepada Hulagu Khan mencapai impiannya menakluki Baghdad dengan mudah...maka berakhirlah zaman kegemilangan Baghdad di bawah kerajaan Abbasiyyah...semua harta berharga di Baghdad musnah...ulama'-ulama', para cendekiawan mati dibunuh...kitab-kitab, khazanah ilmu habis dibakar dan abunya dialirkan ke sungai Dajlah sehingga air sungai bertukar warna menjadi hitam disebabkan dakwat kitab-kitab. Banyak kitab-kitab yang lain diambil oleh orang-orang Eropah...Khalifah al-Mu'tasim Billah mati dibunuh dalam keadaan yang hina dan kejam...

Impian Hulagu Khan akhirnya tercapai...dia masih belum puas menikmati darah umat Islam dan ingin terus menakluki dunia Islam lebih-lebih lagi Mekah dan Madinah...dunia Islam berada di hujung tanduk...berjayakah Hulagu Khan...Siapa yang mampu menahan Hulagu Khan daripada menghancurkan dunia Islam?.....

p/s: Nak tau kena baca buku ni... :)


Monday, August 24, 2009

~Ramadhan Kareem~

Kemuliaan Ramadhan

Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukurlah pada rahmat-Nya
dikurnia bulan yang mulia
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

Munsyid : UNIC feat In-Team

Saturday, May 16, 2009

~Selamat Hari Guru~

SELAMAT HARI GURU!!......kali pertama menyambut hari guru...

Hadiah dari anak murid cilik Nashwan & Nazihah
Terima Kasih kalian....

Terima Kasih aku ucapkan buat guru2ku...Cikgu semua, kerana pengorbanan kalian aku mampu berjaya seperti sekarang....terima kasih cikgu...

Bila sudah bergelar seorang guru..barulah aku faham bagaimana rasanya perasaan seorang guru pada pelajar2 dia...bukan hadiah, pujian dari pelajar yang guru harapkan..cukuplah sekadar seorang pelajar tu berjaya dan cemerlang dengan ilmu yang seorang guru tu berikan dan selalu menghormati guru..itu dah cukup sgt2 bermakna bagi seorang guru...

Saturday, May 9, 2009

Apa Ada Dengan USIA?

Usia akan sentiasa bertambah...tak akan pernah berkurang...masa akan terus berlalu...begitulah lumrah setiap manusia..usia yang bertambah akan mengingatkan kita kepada sesuatu...??? --------> MATI
jadi...jom sama2 kita perbaiki diri...mudah2an kita menjadi seorang hamba yang selalu mendapat keredhaanNya...

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

----kenali diri sendiri--hehe--(",)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------
08 05 1984

Monday, April 13, 2009

Dialah RACUN Dialah PENAWAR...

Em..Dialah RACUN Dialah PENAWAR hati....DIAlah yang selalu membuat aku termimpi2 setiap malam...buat aku makan tak lalu...mandi tak basah...asyik teringat dan terfikir akan si DIA...walaupun kadang2 DIA buat aku jadi marah tapi DIA juga yang mampu buat aku tersenyum sampai nampak baris gigi-gigi aku ni...kadang2 bila rase geram berat hati nak jumpe DIA..tapi kadang2 rase tak sabar2 nak bejumpe dgn si DIA...itulah DIA "anak2 muridku"...

Akanku cube menjadi seorg pendidik yg terbaik utk kamu semua..."Ya Allah berilah aku kekuatan untuk mendidik mereka agar menjadi insan dan hamba yang taat padaMu..bukakanlah dan terangilah hati-hati mereka dengan hidayahMu...Ya Allah..Amiin.."


Kenapa saya suka cerita GOKUSEN?

Kenapa saya suka cerita GOKUSEN?

Kalau nak tau cube la tengok..mungkin bile tengok cite ni ade yg akn berkata "ade ke sekolah mcm tu?"..."xkan la ade bdk2 sekolah yg mcm tu skali"....tapi itu la jg persoalan2 yg menjadi tanda tanya mula2 saya tengok cite ni...semuanya terjawab selepas saya bergelar seorang pendidik...

Jangan tak percaya...saya pernah mengajar sekolah yg kelasnya lebih dasyat dari kelas dlm cite ni...pelajarnye sme teruk dlm cite ni...teringat balik mula2 tengok cite Gokusen ni...

tapi sye suka tengok mcm mane cara Yankumi ni handle pelajar2 die...sbg guru tugas kita bkn sbg pengajar semata-mata...tapi tugas kita mendidik mereka jd manusia yg berguna....

FIGHT-O-OH!!

Thursday, January 29, 2009

Sekolah....Sekolah....Sekolah lagi...


Sekolah....sekolah....sekolah lagi....bukan ke sekolah sebagai pelajar tapi ke sekolah...as a "Teacher"....
kalau dulu sepanjang sekolah menengah duduk di asrama...tak pernah rasa bersekolah di kampung tapi sekarang merasa juga sekolah di kampung...
Rezeki dapat mengajar dekat dgn rumah...(",)
Tapi di mana pun kita....apa pun kerja kita...ujian dan rintangan tetap ada...