Friday, August 28, 2009

Habis+Sambung

Habis dah baca Tunggu Teduh Dulu...walaupun xseberat mne ceritanye...tapi ade sesuatu yg bleh diambil sbg pengajaran (klu yg nak amik pengajaran la...klu bce just nk have fun...nothing la yg die dpt)....sebenarnya aku ni ketinggalan dah bab novel yg berat cikit ni..org lain ramai dah bace yg lg berat+sarat+barat....hehe...ni pun baru nk menapak semula slps bertahun x bce novel...klu nk banding adik aku sndiri pn die lg byk dah bce novel yg sarat barat ni...aku pn xtedetik lg nk bce novel yg die bace...mmg lain pemikiran rupenya (die lg advance rupenye)...but one day...aku akan bce jg...kne bce gak yg mencabar2 bahasanye n ceritanye ni...otak aku ni nk kene bagi cabaran ckit...

p/s: Bulan dpn cari buku lain plak...em nak bce buku ape ek...?
Cadang nk bce novel sejarah Islam lg...Salahuddin Ayubi...Sultan Muhammad Al-Fateh...

Jom Baca Buku!
(Kempen membaca ni...) =)

Thursday, August 27, 2009

"Tunggu Teduh Dulu...."

Beberapa hari ni aku agak gile membaca...klu bleh 1 hari nak abiskan baca 1 buku...tebal tak tebal...klu time xdtg angin nak membaca tengok buku pun malas....aku suka berlumba membaca dgn adik aku..ye ke berlumba? yg penting bertukar pandangan dgn adik aku tentang buku yg aku baca or die baca..dan saling bertukar buku...sebenarnya kami bukanlah ulat buku dari kecil2 anak...baru aku faham yg minat membaca ni boleh dipupuk....itulah ilmu...semakin dicari semakin kurang dirasa pd diri....bacalah... apa pun yg penting tau apa yg dicari, apa yang difahami, apa yang dihayati, apa yang dicontohi, apa yang diperolehi....(huhu..bile plak aku pndai berkata-kata ni...)


Sebenarnya dah lama sangat aku tak baca penulisan Faisal Tehrani..walaupun aku bukan peminat tegar Faisal Tehrani tapi penulisan die mmg aku sgt suka...ntah kenapa aku jd suka baca novel-novel berat dan sarat...bkn novel cinta yg dirasa org seronok, rase feeling, rse ade input yg bermakna tapi bg aku cume sikit yg aku dpt (huhu..xbaik je aku ni ngata tulisan org lain..)...zaman remaja dulu mungkin aku suka sbb xtau ape yg dicari dgn mmbaca novel2 begitu...aku xkira siapa pun penulisnya yg penting mesti sarat dgn kata2 yg mampu memberi suntikan semangat, yang mampu membawa aku mengenali Penciptaku, membawa dekat dgn Penciptaku, yang boleh mengajar aku mengenali orang lain, menghargai orang lain dan yang penting aku cuba utk mengenali diri ini...itu yg aku cari...

p/s: Novel yg dah bce baru2 ni...yg aku paling suke...
~Rooftop Rant - Hlovate
~Sempadan Tanpa Seri - John Norafizan

Wednesday, August 26, 2009

Khabar Hitam dari Timur...

Alhamdulillah hari ni dapat habiskan baca satu buku..Novel sejarah Islam...HULAGU KHAN: Khabar Hitam dari Timur yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, terbitan PTS...


Kisah tentang Hulagu Khan cucu kepada Genghis Khan...bercita-cita menakluk Baghdad, kota kegemilangan Islam semasa pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah yang pada masa itu di bawah pimpinan Khalifah al-Mu'tasim Billah...

Dari kecil Hulagu Khan bercita-cita ingin menjadi lebih hebat daripada datuknya Genghis Khan dan ingin merealisasikan impian datuknya yang tidak berkesampaian untuk menakluk Baghdad. Kepimpinan Khalifah al-Mu'tasim Billah yang lemah memberi peluang kepada Hulagu Khan mencapai impiannya menakluki Baghdad dengan mudah...maka berakhirlah zaman kegemilangan Baghdad di bawah kerajaan Abbasiyyah...semua harta berharga di Baghdad musnah...ulama'-ulama', para cendekiawan mati dibunuh...kitab-kitab, khazanah ilmu habis dibakar dan abunya dialirkan ke sungai Dajlah sehingga air sungai bertukar warna menjadi hitam disebabkan dakwat kitab-kitab. Banyak kitab-kitab yang lain diambil oleh orang-orang Eropah...Khalifah al-Mu'tasim Billah mati dibunuh dalam keadaan yang hina dan kejam...

Impian Hulagu Khan akhirnya tercapai...dia masih belum puas menikmati darah umat Islam dan ingin terus menakluki dunia Islam lebih-lebih lagi Mekah dan Madinah...dunia Islam berada di hujung tanduk...berjayakah Hulagu Khan...Siapa yang mampu menahan Hulagu Khan daripada menghancurkan dunia Islam?.....

p/s: Nak tau kena baca buku ni... :)


Monday, August 24, 2009

~Ramadhan Kareem~

Kemuliaan Ramadhan

Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukurlah pada rahmat-Nya
dikurnia bulan yang mulia
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

Munsyid : UNIC feat In-Team