Buat tatapan sepupu-sepupuku merangkap cucu-cucu atuk yang melayari blog ini... kita telah menerima seramai 3 orang ahli keluarga baru sejak akhir tahun lepas sehingga bulan Febuari ni...semakin meriah la keluarga besar atuk.. =)
Tuesday, February 23, 2010
Saturday, February 20, 2010
Welcome Home!
Bertambah lagi cucu atuk...
Dah tak tau ni sepupu yang ke berapa... :-)
selamat dilahirkan pada
20 Febuari 2010
jam 4.30 pagi
3.10kg
Baby Boy
Anak ke 7
dan di bawah ni abang dan kakaknya :-)
Ayi, Fatin, Amin, Mira, Anis dan sorang lagi...
Insaf..
Insafdengan perit getir pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak...
Love U Mom
Note: Tahniah untuk c.Aziz & c.Ct atas kelahiran orang baru :-) Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Menghantar orang yang nak bersalin ke hospital. Akhirnya selamat makcikku melahirkan orang baru. Alhamdulillah...
Sunday, January 24, 2010
Thanks baby Umairah..!
Beberapa minggu yang lepas Ummi Yus dan baby Umairah serta ibu Ummi Yus datang menziarahi rumahku...(sepatutnya aku yang berjalan ke sana...terbalik pulak)...Terima kasih baby Umairah sudi datang ke rumah Acik Ct...Acik cuma boleh hadiahkan Ulat yang comel untuk Umairah... (",) Umairah boleh baca ABC & kira 123 nanti ok...Saturday, January 2, 2010
~Fenomena Gerhana...

1 Januari...mlm thn baru berlaku fenomena Gerhana Bulan...Gerhana Bulan Separa...terpanggil utk berkongsi sedikit sebanyak maklumat tentang gerhana...Bulan, Matahari, Bintang, alam semester ini sgt dekat dgn diri aku...terkenang kembali zaman2 ketika belajar dulu...hidup dgn Bulan...teleskop...bintang...matahari...lab...balai cerap...sgt best... =)
~Gerhana Bulan dan Matahari
Dalam keadaan bulan purnama (fasa bulan penuh) dan ijtimak (fasa bulan baru), bumi, bulan dan matahari berada pada satu garisan. Satu garisan tidak bermaksud barada pada satu satah yang sama. Gerhana akan berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada pada satu garisan dan pada satu satah yang sama.
Bulan dan matahari beredar pada satah yang berlainan dengan kecondongan 5 darjah 9 minit terhadap satah ekliptik. Dalam peredaran bulan dan matahari akan terdapat dua titik persilangan yang mana pada titik yang dinamakan nod itu kemungkinan akan berlaku gerhana. Jika satah bulan dan matahari adalah sama maka gerhana akan berlaku setiap bulan. Disebabkan kecondongan tersebut gerhana hanya berlaku beberapa kali setahun.
~Gerhana Bulan
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada satu satah dengan garisan bulan dengan matahari ketika fasa bulan purnama/penuh. Ketika ini cahaya matahari yang biasanya sampai sepenuhnya ke bulan terhalang kerana dilindungi oleh bumi. Tompokan gelap di permukaan bulan ketika berlakunya gerhana adalah bayang-bayang bumi yang jatuh di permukaan bulan.
Terdapat tiga jenis gerhana bulan kemungkinan boleh berlaku bergantung kepada kedudukan bulan dengan zon bayangan:
*Gerhana warna/penumbra: Bulan hanya memasuki kawasan penumbra.
*Gerhana penuh: Keseluruhan jasad bulan memasuki ke dalam kawasan umbra.
*Gerhana Separa: Bulan hanya memasuki sebahagian sahaja kawasan umbra.
~Gerhana Matahari
Gerhana matahari terjadi ketika ijtimak iaitu ketika bumi, bulan dan matahari berada pada satu satah. ketika ini cahaya matahari terhalang dari sampai ke permukaan bumi kerana dilindungi oleh bulan.
Terdapat tiga jenis gerhana matahari yang kemungkinan boleh berlaku:
*Gerhana matahari penuh: Apabila bulan menutup keseluruhan bulatan matahari.
*Gerhana matahari separa: Sekiranya penjajaran satah bulan, bumi dan matahari tidak tepat ketika berlaku gerhana maka bayang bulan tidak jatuh sepenuhnya ke bumi.
*Gerhana cincin: Sekiranya gerhana matahari penuh berlaku ketika apogee (bulan berada pada kedudukan terjauh dari bumi, diameter matahari lebih besar daripada bulan).
Rujukan:
Baharrudin Zainal (2004), Ilmu Falak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Salmiah binti Abdul Hamid (2007), "Perubahan Fasa-fasa Bulan: Kajian tentang Kelebaran Hilal", (Latihan Ilmiah, Jabatan Syariah dan Falak, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).
http://www.angkasa.gov.my/planetarium/

Thursday, December 31, 2009
~ Datang dan Pergi....
Tuesday, December 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)