Monday, April 5, 2010

VERSUS

Allah jadikan ada siang ada malam, ada terang ada gelap, ada Timur ada Barat, ada hitam ada putih, ada sihat ada sakit, ada tawa ada tangis, ada gembira ada sedih, ada suka ada duka...

Kadang-kadang duka jadi ujian dan kadang kala suka pula jadi ujian...Bila Allah menguji kita maknanya Allah sayang kita...Mungkin kita semakin jauh dengan Dia dan Dia nak kita dekat semula dengan Dia...sebab itulah Dia bagi kita sesuatu agar kita tidak jauh tersesat lupakan Dia...Kalau kita redha dengan ujian yang datang dapat menghapuskan dosa-dosa kita...Jadi kita mesti selalu berdoa agar kita kuat menghadapi ujian yang mendatang dan sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya...dan kita kena percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Sunday, March 7, 2010


Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Al-Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati adalah seperti raja, sedangkan anggota lain sebagai tenteranya. Semua anggota-anggota ini akan taat dan patuh terhadap perintah rajanya.

Tuesday, February 23, 2010

Ahli Baru =)

Buat tatapan sepupu-sepupuku merangkap cucu-cucu atuk yang melayari blog ini... kita telah menerima seramai 3 orang ahli keluarga baru sejak akhir tahun lepas sehingga bulan Febuari ni...semakin meriah la keluarga besar atuk.. =)

Muhammad Awwal Aqeef bin Mohd Aziz
20 Febuari 2010



Aliya Shafiyya binti Mohd Aris
21 Disember 2009


Muhammad Haziq bin Khairul Nizar
September 2009

Saturday, February 20, 2010

Welcome Home!

Hari ni ke hospital lagi...menjemput orang baru pulang...
Bertambah lagi cucu atuk...
Dah tak tau ni sepupu yang ke berapa...
:-)
Welcome Home Baby!
selamat dilahirkan pada
20 Febuari 2010
jam 4.30 pagi
3.10kg
Baby Boy


Anak ke 7
dan di bawah ni abang dan kakaknya :-)
sangat gembira abang dan kakaknya menyambut kepulangan ahli keluarga baru..
Ayi, Fatin, Amin, Mira, Anis dan sorang lagi...
...Sofia & Ina (My Sis)

Insaf..

Insaf
dengan perit getir pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak...

Love U Mom

Note: Tahniah untuk c.Aziz & c.Ct atas kelahiran orang baru :-) Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Menghantar orang yang nak bersalin ke hospital. Akhirnya selamat makcikku melahirkan orang baru. Alhamdulillah...

Sunday, January 24, 2010

Thanks baby Umairah..!

Beberapa minggu yang lepas Ummi Yus dan baby Umairah serta ibu Ummi Yus datang menziarahi rumahku...(sepatutnya aku yang berjalan ke sana...terbalik pulak)...Terima kasih baby Umairah sudi datang ke rumah Acik Ct...Acik cuma boleh hadiahkan Ulat yang comel untuk Umairah... (",) Umairah boleh baca ABC & kira 123 nanti ok...














(Baby Umairah & Ulat comel)

Saturday, January 2, 2010

~Fenomena Gerhana...

1 Januari...mlm thn baru berlaku fenomena Gerhana Bulan...Gerhana Bulan Separa...terpanggil utk berkongsi sedikit sebanyak maklumat tentang gerhana...Bulan, Matahari, Bintang, alam semester ini sgt dekat dgn diri aku...terkenang kembali zaman2 ketika belajar dulu...hidup dgn Bulan...teleskop...bintang...matahari...lab...balai cerap...sgt best... =)

~Gerhana Bulan dan Matahari

Dalam keadaan bulan purnama (fasa bulan penuh) dan ijtimak (fasa bulan baru), bumi, bulan dan matahari berada pada satu garisan. Satu garisan tidak bermaksud barada pada satu satah yang sama. Gerhana akan berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada pada satu garisan dan pada satu satah yang sama.


Bulan dan matahari beredar pada satah yang berlainan dengan kecondongan 5 darjah 9 minit terhadap satah ekliptik. Dalam peredaran bulan dan matahari akan terdapat dua titik persilangan yang mana pada titik yang dinamakan nod itu kemungkinan akan berlaku gerhana. Jika satah bulan dan matahari adalah sama maka gerhana akan berlaku setiap bulan. Disebabkan kecondongan tersebut gerhana hanya berlaku beberapa kali setahun.

~Gerhana Bulan

Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada satu satah dengan garisan bulan dengan matahari ketika fasa bulan purnama/penuh. Ketika ini cahaya matahari yang biasanya sampai sepenuhnya ke bulan terhalang kerana dilindungi oleh bumi. Tompokan gelap di permukaan bulan ketika berlakunya gerhana adalah bayang-bayang bumi yang jatuh di permukaan bulan.

Terdapat tiga jenis gerhana bulan kemungkinan boleh berlaku bergantung kepada kedudukan bulan dengan zon bayangan:
*Gerhana warna/penumbra: Bulan hanya memasuki kawasan penumbra.

*Gerhana penuh: Keseluruhan jasad bulan memasuki ke dalam kawasan umbra.

*Gerhana Separa: Bulan hanya memasuki sebahagian sahaja kawasan umbra.


~Gerhana Matahari

Gerhana matahari terjadi ketika ijtimak iaitu ketika bumi, bulan dan matahari berada pada satu satah. ketika ini cahaya matahari terhalang dari sampai ke permukaan bumi kerana dilindungi oleh bulan.

Terdapat tiga jenis gerhana matahari yang kemungkinan boleh berlaku:
*Gerhana matahari penuh: Apabila bulan menutup keseluruhan bulatan matahari.

*Gerhana matahari separa: Sekiranya penjajaran satah bulan, bumi dan matahari tidak tepat ketika berlaku gerhana maka bayang bulan tidak jatuh sepenuhnya ke bumi.

*Gerhana cincin: Sekiranya gerhana matahari penuh berlaku ketika apogee (bulan berada pada kedudukan terjauh dari bumi, diameter matahari lebih besar daripada bulan).


Rujukan:
Baharrudin Zainal (2004), Ilmu Falak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Salmiah binti Abdul Hamid (2007), "Perubahan Fasa-fasa Bulan: Kajian tentang Kelebaran Hilal", (Latihan Ilmiah, Jabatan Syariah dan Falak, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

http://www.angkasa.gov.my/planetarium/